NADI – MAHIR: Mahir Agri Pertanian, Mahir Baiki Gadjet dan Mahir Prompt Enginer Minggu – 2

20 - 24 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

20 - 24 Julai 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Agri Pertanian dan Mahir Prompt Enginer Minggu – 1. Seramai 3 orang peserta telah menghadiri kelas mahir di NADI.

Kelas Mahir Agri (Pertanian) –Pengenalan Asas Pertanian Fertigasi bagi memahami konsep dan kepentingan sistem fertigasi dalam pertanian moden. Sesi ini memberi pendedahan tentang asas kaedah fertigasi, komponen utama sistem, serta kelebihan penggunaannya dalam meningkatkan hasil tanaman. Peserta juga mempelajari langkah-langkah asas pengurusan tanaman menggunakan sistem fertigasi secara lebih berkesan.

Kelas Mahir Baiki Gajet – Pengenalan, Jenis Alatan & Langkah Keselamatan - Peserta mengikuti sesi pengenalan Mahir Baiki Gajet yang memberi pendedahan kepada asas pembaikan peranti elektronik. Sesi ini merangkumi pengenalan kepada jenis-jenis alatan yang digunakan dalam pembaikan gajet serta fungsi setiap alatan. Peserta juga didedahkan kepada langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi semasa menjalankan kerja pembaikan bagi mengelakkan kemalangan dan memastikan proses kerja dilakukan dengan selamat dan teratur.

Kelas Mahir Prompt Engineer – AI untuk Penghasilan Kandungan Media Sosial bagi mempelajari cara menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan kandungan digital yang kreatif dan berkualiti. Sesi ini memberi pendedahan tentang penggunaan AI dalam menghasilkan idea kandungan, penulisan kapsyen, reka bentuk visual, serta perancangan kandungan media sosial dengan lebih cepat dan berkesan. Peserta juga memahami cara memanfaatkan AI secara beretika bagi meningkatkan produktiviti dan pemasaran digital.

.Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali